Смартфоны Huawei Honor 7 - инструкция пользователя по применению, эксплуатации и установке на русском языке. Мы надеемся, она поможет вам решить возникшие у вас вопросы при эксплуатации техники.
Если остались вопросы, задайте их в комментариях после инструкции.
"Загружаем инструкцию", означает, что нужно подождать пока файл загрузится и можно будет его читать онлайн. Некоторые инструкции очень большие и время их появления зависит от вашей скорости интернета.

37
•
Jangan buang bateri ke dalam api kerana ia mungkin meletup. Bateri
yang telah rosak juga boleh meletup.
•
Buang bateri yang digunakan mengikut peraturan tempatan.
Penggunaan bateri dengan salah boleh menyebabkan kebakaran,
letupan atau bahaya lain.
•
Peranti mempunyai bateri terbina dalam yang tidak boleh dicabut.
Jangan cuba cabut bateri, jika tidak, peranti mungkin rosak. Untuk
menggantikan bateri, bawa peranti ke pusat perkhidmatan yang
dibenarkan.
•
Peranti dan aksesorinya bukan bertujuan untuk kegunaan kanak-
kanak. Kanak-kanak hanya boleh menggunakan peranti dengan
penyeliaan orang dewasa.
Perlindungan alam sekitar
•
Peranti dan aksesorinya (jika disertakan), seperti penyesuai kuasa, alat
dengar dan bateri tidak boleh dilupuskan dengan sampah rumah.
•
Pelupusan peranti dan aksesorinya tertakluk kepada peraturan
tempatan. Sokong pengumpulan yang betul dan kitar semula.
Pematuhan perundanga n EU
Pengendalian dipakai pada badan
Peranti mematuhi spesifikasi RF apabila digunakan berdekatan telinga
anda atau pada jarak 1.5 cm dari badan anda. Pastikan aksesori peranti
seperti bekas peranti dan pemegang peranti tidak mempunyai komponen
logam. Pastikan peranti jauh dari badan anda untuk memenuhi keperluan
jarak.
Maklumat Pensijilan (SAR)
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan kepada gelombang
radio.
Peranti anda adalah pemancar dan penerima radio berkuasa rendah.
Seperti yang disyorkan oleh garis panduan antarabangsa, peranti ini direka
untuk tidak melebihi had pendedahan kepada gelombang radio. Garis
panduan ini dibangunkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion (ICNIRP), organisasi saintifik bebas dan termasuk langkah
keselamatan yang direka untuk memastikan keselamatan untuk semua
pengguna, tanpa mengira umur dan kesihatan.
Kadar Penyerapan Khusus (SAR) adalah unit yang mengukur jumlah tenaga
frekuensi radio yang diserap oleh badan semasa menggunakan peranti.
Nilai SAR ditentukan pada aras kuasa tertinggi yang disahkan dalam
keadaan makmal, tetapi tahap SAR yang sebenar apabila digunakan boleh
berada di bawah nilai. Ini disebabkan oleh peranti direka untuk
menggunakan kuasa minimum yang diperlukan untuk mencapai
rangkaian.